Sunday, June 29, 2014

Improved Formula!

As Beauty Improved Formula
Formula diperbaiki, untuk kesan lebih lagi!  
Didatangkan dengan inner plastik yang lebih tahan lasak.
Yang ini set trial, Vitamin E & C.
Sabun 20gram
Krim 7gram
Harga RM50sm / RM55ss
Mula berada di pasaran awal bulan Julai nanti, Insya Allah..


Wednesday, June 25, 2014

Alkisah Phillbeauty 2014

KLIA 2 & Touchdown Manila

Hye Y'ollss..Hari ni, admin nak berkongsi sedikit cerita pengalaman AS Beauty di Philippine baru-baru ni..Banyak perkara dipelajari dan sangat-sangatlah best dapat pergi kesana..hee


Pagi-pagi lagi dah siap pergi ke KLIA 2 sebab flight pukul 11 and kami pergi dengan Air Asia X..First time datang KLIA 2..lawa juga airport baru ni, cuma besar sgt..letih jalan niaa..


Tudddiaa nampak dah bandar Manila.hehe..Dari KL ke Manila just take around 3 jam lebih..tapi hari kami macam lambat skit sampai..4 jam juga la nk touchdown Manila..Sampai di Manila International Airport terus naik teksi ke Pasay City selama 15 minit & check in di hotel Microtell by Wyndham di Pasay City..
Pasay City ni salah sebuah area di Philipine yang sedang membangun.. Tempat exhibition tu iaitu SMX Convention Centre just walking distance je dari Microtell hotel..So bersenam lagi lah kami..huuu

SMX Convention Center

Banyak tempat menarik berdekatan SMX Convention Centre ni antaranya ialah Mall Of Asia iaitu tempat di mana Taylor Swift buat konsert Asia nya baru2 ni..


Dekat sini juga ada fun fair dan berdekatan laut..cantik pemandangannya..


Malam tu terus pergi ke exhibition hall & siapkan booth kitorang..Ni gambar booth kami..cantik kannn..hee

Day 1


Yeahhh hari pertama kami pakai baju hijau pekat.. barulah kena dengan warna tema AS Beauty yang mementingkan warna hijau kann..hee



Ramai yang hadir pada hari pertama exhibition..mostly traders datang dari area Manila..So, untuk hari pertama, memang concentrate untuk business matchmaking.. Opening ceremony pada awal pagi dihadiri oleh orang-orang kenamaan Philippine dan yang paling best admin xingat nama diorang sorang-sorang..hua3..


Opening ceremony dimeriahkan dengan kehadiran Miss Philippine 2014..haa yang pakai baju merah dalam gambo tu..cantik sungguh dia tinggi lak tu..ketot je rase diri sbelah die..hahaha



Lepas bergambar atas pentas, VVIP pon turun dan mulakan lawatan ke setiap booth..Tahu tak y’olls booth AS Beauty adalah yang pertama dilawati oleh VVIP..penat mak jem melayan..haha..


Pada sebelah petang Head of R&D dari ZMN Makaha , Pn. Norehan Kasim bagi sedikit perkongsian berkenaan kesihatan dan kecantikan di conference room..

End of day 1

Day 2


Hari ni tukar baju pakai baju hijau terang pulak..mcm dah jadi trend lak amik gambo dlu sebelum start exhibition..hehe..exhibition mula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang..so datang awal-awal amik gambo dlu lah kan..hihi

Hari ni still buka untuk traders datang..


Bergambar dengan Jane from the organizer company, UBM Malaysia.. A very good person and banyak tolong kami sepanjang event berlangsung..Thanx Jane!


Hari ni Pn. Zaini menerima kunjungan istimewa daripada warga Philippine..diorang yang dalam gambar ni pengguna-pengguna AS Beauty taw merangkap kawan-kawan kepada Pn Zaini..diorang ni lah yang bawak balik AS Beauty ke sana untuk kawan-kawan and diorang sendiri pakai..seronok diorang dapat jumpa dengan kami.. Walaupun kali pertama berjumpa, orang-orang Philippine ni sangatlah mesra and suka bercakap and they can speak good english..Lama jugalah berbualnye..he



Antara pengunjung-pengunjung yang hadir.. Mostly datang and sangat suka dengan bau aromatherapy..Tambah-tambah lagi kami ada sediakan free gift..habis diorang sebat!haha..


Pengunjung ni very-very excited bile dengar pasal love oil.. Tambah-tambah lagi bila dengar explanation yang panjang lebar dari kitorang.. Dia ambil satu sample and terus GUNA.. Diulang sekali lagi terus GUNA..haha..Then before balik dia bli satu bottle love oil untuk dibawa pulang..hmmm..cepat sungguh keberkesanan love oil ni ye..hihi..
Selepas pukul 5 kami pun bergerak pulang ke hotel untuk berehat..

End of day 2

Day 3



Berbalik pakai kepada baju yang dipakai hari pertama,..hehe..Ada make up artist, pemilik spa and salon yang datang berkunjung.. Gambar yang di bwah tu, die bli satu set 3 in 1 improved formula AS Beauty.. she really like our soap E..:)


Antara pengungjung yang hadir..yang tinggi lampai tu doctor datang dengan ibunya.. bergambar dengan Pn. Asmak dan Pn. Norehan.. Diorang ni memang bawa masuk produk Malaysia ke Phillipine..Admin xingat pula nama brand yg die bawa tu..haha



Hari ni hari terakhir..so terbuka kepada trader dan orang ramai..
Ramai orang datang booth AS Beauty and berminat dengan Serum..
Habis semua free gift diorang sebat…haha
Dari sini dapat kami tahu bahawa mostly pengungjung Philippine ni sangat suka dengan bau bauan(aromatherapy).. Yang paling diorang suka aromatherapy Love oil..siap datang bli terus pakai tu! Beli lagi tambah untuk kawan-kawan katanya..haha


Sebelah petang kami semua bersiap-siap kemas dan pulang ke hotel..keesokkan harinya kami bergerak pulang ke Malaysia.. Fuhhhh penat!



And lastly, bergambo lagilah kite buat kenang kenangan..hehe..kali ni bergambo atas pentas pula..hihi..

Sampai di sini sajalah kisah kami di Phillbeauty 2014 Manila selama 3 hari..
Phillbeauty 2014 sememangnya memberi 1001 pengalaman baru kepada kami semua. Hope selepas ni AS Beauty akan terus maju dan maju..
Banyak pengalaman dan ilmu yang diperoleh.. Hope this year will be a great kickstart for us, and InsyaAllah we will be attend the next year Phillbeauty trade show again.. Seeya!;)

Monday, June 23, 2014

Improved Formula!

As Beauty Improved Formula Soap.
Yang besar tu utk Set Penuh & Yang kecil tu utk set percubaan bersama Embossed logo As Beauty. Cute kan!



Vitamin C soap
-Natural dan wangi
-Diperkaya dengan vitamin C semulajadi
-Bertindak sebagai anti penuaan dengan sitrus yang bertindak sebagai ejen pemutihan semulajadi
-Merawat pigmentasi, jeragat serta noda-noda hitam
-Sesuai untuk kulit matang diformulasi dengan pelembap semulajadi
Bahan-bahan: gliserin sayuran, minyak kastor, lavender, limau, vitamin C

Vitamin E soap
-Natural dan wangi
-Diperkaya dengan vitamin E semulajadi
-Bertindak sebagai anti penuaan dengan aroma ros yang memukau
-Menangani masalah jerawat untuk penjagaan kulit yang lebih muda
-Sesuai untuk semua jenis kulit
Bahan-bahan: gliserin sayuran, minyak kastor, ros, geranium, Vitamin E 100eu


AS Beauty vitamin C 3 in 1 set (set luar negara)


AS Beauty vitamin E 3 in 1 set (set luar negara)


Untuk pengetahuan semua, sabun terkini AS Beauty yang akan dikeluarkan nanti mempunyai bau haruman Essential oil yang sangat memukau. 

Sabun E mempunyai bauan aroma ros manakala Sabun C dengan bauan citrus semulajadi!

Sabun pon makin besar dengan berat bersih 75g!

Kurang buih, lebih tahan lama dan yang penting berkesan!

Nantikan kemunculan AS Beauty improved formula Julai nanti! Hubungi syarikat atau layari facebook AS Beauty untuk maklumat lanjut..^,^

P/s: gambar yang ditunjukkan adalah set 3 in 1 AS Beauty untuk luar negara..Set untuk pasaran Malaysia masih lagi belum  dipamerkan..harap maklum


Wednesday, June 4, 2014

Sedikit Perkongsian..

Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

**Ais juga ada kelebihan..cuma jangan diambil berlebih lebihan pula yee..hehe