Cara Penggunaan

CARA-CARA PENGGUNAAN PRODUK AS BEAUTY 3 IN 1 SET.


  • Cuci muka dengan sabun AS Beauty sekurang-kurangnya dua kali sehari 
  • Krim putih (Night Cream) di gunakan pada malam hari untuk merawat wajah.
  • Krim kuning (Day Cream) di gunakan pada siang hari sebagai alas bedak/melindungi dari sinaran cahaya UV.
  • Dalam masa 4 - 7 hari, kulit muka akan kelihatan putih dan berseri.
  • Produk AS Beauty sesuai di gunakan untuk semua jenis kulit.
  • Produk AS Beauty dapat merawat wajah secara semulajadi dalam masa yang pendek.


Faedah-faedahnya:

- Mencerahkan wajah.
- Menghilangkan jeragat, jerawat dan bekas jerawat.
- Mengecilkan pori-pori dan menegangkan wajah.
- Wajah kelihatan cerah dan berseri secara semulajadi.


CARA-CARA PENGGUNAAN AS BEAUTY AROMATHERAPY



Aromatherapy Body Serum



  • Dilakukan selepas mandi. Hanya setitik atau lebih diletakkan pada telapak tangan dan usap dari bawah ke atas (Untuk umat islam berselawat lah sebelum mengusap ke badan). Secara lalu atau terkena sedikit pada kulit atau kawasan yang cenderung kepada masalah.
  • Untuk mandian pula, selepas mandi, iaitu bilasan terakhir, titikkan di dlm tap mandi atau baldi beberapa titik, dan mula kan jirusan dari atas kepala ke bawah. Ini dpt membantu dr segi tenaga dan seri. Bagi yg umat islam berselawat lah sebelum melakukan nya.



Aromatherapy Love Oil (for women)

Hanya setitik diletakkan pada jari manis, dan sapu kan pada dinding kemaluan. Jangan masukkan ke dalam kemaluan.(Untuk umat islam berselawat lah sebelum menyapu). Rasakan kelainan di awal penggunaan.


Aromatherapy Essential Oils For Facial Serum

KAEDAH PERTAMA:

AS Beauty Night Cream harus digunakan setiap kali anda hendak tidur malam. Lakukan perkara yang sama seperti membasuh muka dan gunakan dalam keadaan wajah basah adalah lebih baik. Hanya pakai nipis sahaja sudah memadai, pakai lebih pun tidak menjadi masalah. Jika pakai dalam keadaan muka basah, muka tidak terasa melekit apabila wajah dah kering walaupun wajah dah sihat, bersih dan proses rawatan dah sempurna. Tidak menjadi masalah untuk pakai night cream setiap hari. AS Beauty tidak berfungsi menipiskan kulit wajah. Boleh pakai bersama Aromatherapy Essential Oils For Facial Serum. Caranya, memadai gunakan pada waktu malam sebelum tidur ketika nak tidur sahaja. Selepas mencuci muka, cuci telinga dan leher sekali. Selepas itu lap muka guna tuala, jangan guna tisu dan titikkan serum 2 titik kat telapak tangan lalu diusapkan dan dimulai dari dagu bawah ke atas dan ratakan keseluruh wajah termasuk keliling mata,dan selebihnya sapukan ke telinga dan leher dan kemudian pakai night cream. Ratakan night cream ke semua bahagian muka kecuali kawasan keliling mata yg lembut jgn disapu. Selebihnya yang ada pada jari, sapukan juga ke telinga dan leher.Serum boleh dipakai. Tapi memadai juga dipakai selang seli. Buat pengguna awal, gunakan setiap hari. Boleh pakai serum pada siang hari seperti yg disarankan. Pakai waktu awal pagi selepas mencuci muka, lap dan pakai serum 1 titik, kemudian pakaikan day cream. Tapi pastikan muka dicuci sebelum tengahhari. Ini dilakukan kerana serum merupakan pure oil. Oleh itu disarankan lebih baik cuci muka dan jangan dibawa ke waktu tengahhari dan petang. Selepas cuci muka pakaikan seperti biasa day cream dalam keadaan muka basah. Jangan terlepas selepas cuci muka pastikan guna day cream. Cara ini dapat mengelak kulit dari berlaku iritasi kulit, atau radang kulit. Terutamanya pada pengguna awal AS Beauty. Pengguna awal, memadai pakai serum waktu malam seperti cara yang disarankan..

KAEDAH KEDUA:

AS Beauty (A Simple Beauty) Rawatan Wajah
3in1 Set + Aromatherapy Facial Anti Ageing Serum + COSWAY (Hexagon Energy Glassware)

Semburkan ke seluruh wajah, telinga, leher, tengkuk atau pun seluruh kulit  dan rasai keberkesanannya.



  • Beberapa titik Aromatherapy Facial Anti Ageing Serum detitikkan  ke dalam bekas spray berisi air. Setiap kali selepas mencuci muka, dan lap muka menggunakan tuala bersih, basahkan wajah dengan menyemburkan muka bersama (bekas spray yang bercampur Aromatherapy Facial Anti Ageing Serum) dalam keadan wajah yang basah, gunakan day cream seperti biasa.
  • Bekas spray kaca bertenaga keluaran COSWAY disarankan untuk keadah ini dan penggunaan botol kaca lain adalah boleh asalkan ianya sesuai dan mudah dibawa. Botol spray ini mudah didapati di kesemua cawangan COSWAY (Hexagon Energy Glassware)
  • Letakkan serum ke dalam botol spray yang berisi air dan semburkan sahaja pada muka untuk segar kan muka dan mengekalkan make-up lebih lama.
  • Bawa botol spray ke mana-mana sahaja. Ianya mudah digunakan, sudah semestinya sebelum mengenakan day cream di wajah,telinga dan leher, kulit seharusnya dibasahkan.
  • Aromatherapy Facial Anti Ageing Serum pun sentiasa digunakan. Malah seluruh kawasan kulit mendapat kebaikan serta khasiat yg terkandung di dalam serum ini
  • Rasakan haruman yg lembut yang meresap pastinya tenang.
  • Hanya semburkan pada awal penggunaan. Memadai sekali lakukan, wajah akan kelihatan lebih bertenaga dan make-up pun tahan lebih lama.
  • Bersama gabungan 3in1 set + facial serum menjadikan proses rawatan lebih lengkap serta sempurna.



CARA-CARA PENGGUNAAN PRODUK AS BEAUTY ALPHA COLLAGEN


Dos yang Diperlukan:

Pencegahan
2 x 1 sudu teh tiap hari
Rawatan
2 x 2 sudu teh tiap hari
Masker wajah
2 sudu teh dalam 4 sudu air suam atau dengan nisbah 1:2 bersesuaian dengan keperluan
Tonik rambut
Alpha Gel: Air suam = 1:3, bersesuaian dengan keperluan. Ratakan pada kulit kepala kemudian bilas selepas 5 - 10 minit

Saranan sajian
Masukkan 2 sudu teh ALPHA GEL dalam 200 ml minuman kesukaan dan kacau hingga larut. Disyorkan minum bersama dengan susu atau jus. Minum 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.

Cara Penyimpanan
Simpan pada suhu bilik (25-30 C)

Kegunaan:
  1. Membantu mencegah penuaan kulit dan reput tulang
  2. Membantu menyuburkan rambut dan menguatkan kuku
  3. Menghaluskan dan menegangkan kulit
  4. Memulih dan meremajakan kulit
FOUNDATION+BEDAK PADAT AS BEAUTY

 

Dapat menyembunyikan cela pada wajah utk kulit tampak gebu secara semulajadi

  1. Sapu krim foundation dgn span atau berus utk sapuan lebih rata. Boleh juga menggunakan jari. Krim yg halus dan lembut memudahkan sapuan rata pada wajah.
  2. Ketebalan foundation blh mengikut kesesuaian. Utk hari2 bekerja cukup dgn sapuan nipis sahaja. Utk majlis atau pengantin, sapuan blh ditebalkan sedikit.
  3. Setelah rata, sapulah bedak padat pada wajah.
  4. Untuk kesan lebih halus, bedak lebih bagus disapu menggunakan berus. Untuk sapuan menggunakan span, ratakan bedak secara lembut pada wajah utk memberikan hasil yg natural dan cantik.
AS BEAUTY MULTI BERRY COLLAGEN



Khasiat Multi Berry Collagen As Beauty 

- Memutih dan melembapkan kulit
- Meningkatkan daya ingatan jangka pendek
- Rendah Kalori dan mengandungi Serat yang tinggi
- Mengurangkan keradangan kulit
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Meningkatkan kesihatan tulang dan kuku
- Membantu membaiki tisu badan yang rosak
- Baik utk mengurangkan berat badan
- Meningkatkan kesihatan mata


Ambil 1 paket sehari pada awal pagi. Boleh dimakan terus di bawah lidah atau dibancuh dengan segelas air. Jauhkan dari sinaran matahari. Simpan di tempat yang kering dan sejuk untuk kesegaran dan tahan lebih lama.

SPA SOAP + BODY SERUM




Dapat menghilangkan jerawat dan bau di badan, membuatkan kulit badan kelihatan lebih bersih, cerah dan sekata.

  1. Guna Spa Soap AS Beauty ketika mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
  2. Sapu pada keseluruhan tubuh badan terutamanya pada bahagian yang mempunyai masalah jerawat dan bau seperti celah ketiak
  3. Body serum digunakan selepas mandi. Waktu yang terbaik adalah digunakan selepas mandian terakhir setiap hari
  4. Body serum berfungsi untuk melancarkan aliran darah dan memberikan kelegaan pada badan. Fokus kepada bahagian tubuh badan yang bermasalah untuk hasil yang lebih memberangsangkan.
  5. Cara sapuan adalah dengan menitiskan beberapa titis Body Serum ke atas tapak tangan dan sapukan pada badan
  6. InsyaAllah dalam masa 7-14 hari kesan akan dapat dilihat terpulang kepada aktiviti  harian dan kekerapan penggunaan individu tersebut