Tuesday, January 27, 2015

Lagi Testimoni

Lagi testimoni As Beauty. kiki emoticon


Friday, January 23, 2015

Selamat Berhujung Minggu

Iklan set 3 in 1 AS Beauty di Mingguan Wanita 23 Jan 2015.


Tuesday, January 20, 2015

AS Beauty

Salam Semua.

AS Beauty sememangnya sinonim dengan set 3 in 1, set penjagaan wajah yang menjadi pilihan ramai. Namun, ramai orang tidak tahu bahawa AS Beauty juga mengeluarkan set penjagaan untuk tubuh badan.

Jeng..Jeng..Jeng..


Set Spa Soap & Body Serum
(Set Aromatherapy (Harga: WM RM110.00, EM RM114.00)

Sebenarnya set ini telah lama dikeluarkan oleh syarikat tetapi kurang dikenali Sedangkan kesannya terbukti berkesan untuk merawat
  1. jerawat di badan,
  2. kulit kering dan 
  3. keputihan.

So.. Kepada sesiapa yang mempunyai masalah ini bolehlah cuba!hee

Pengguna juga boleh membeli secara berasingan  Spa Soap dan Body Serum.


Spa Soap 85g (Harga: WM RM37.00, EM RM42.00)

Bahan aktif di dalam Spa Soap AS Beauty ialah sengkuang yang merupakan salah satu bahan semula jadi yang bagus untuk kulit. Diformulasi khas bersama bahan semulajadi yang lain, Spa Soap pastinya memberi kesan yang positif kepada kulit anda. Kombinasi Spa Soap dan Soap E dari AS Beauty adalah yang terbaik untuk penjagaan tubuh bdan dan wajah yang sempurna.


Body Serum (Harga: WM RM80.00, EM RM84.00)

Aromaterapi merupakan satu kaedah terapi yang diguna sejak sekian lama bagi merawat masalah kesihatan seperti tekanan dan sebagainya yang digunakan bertujuan untuk mempengaruhi suasana hati atau kesihatan seseorang.Rawatan yang berasaskan haruman ini mampu mempengaruhi kitaran hormon pada tubuh badan dan memberikan rawatan secara dalaman. Terapi ini menggunakan minyak yang diekstrak daripada bunga, pokok, daun, cabang, kulit buah, kulit kayu atau akar melalui distilasi stim, ekstraksi solven dan pemerahan. Formulasi khas daripada ekstrak tumbuhan ini menghasilkan serum yang bermutu tinggi dan mampu memberikan rawatan yang sempurna.

Penggunaan minyak ekstrak bahan cairan tanaman ini dikenal sebagai minyak esensial. Pelbagai kaedah yang digunakan seperti secara inhalasi, urut, diffusi, mandi, balutan panas atau sejuk dan minyak wangi. Hasil kajian daripada Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia, aromaterapi dikatakan berupaya untuk mencegah seizur pada sesetengah orang epilepsi. Dr. Tim Betts (Universiti Birmingham, England), telah melakukan kajian di mana pesakit dengan epilepsi refraktori disuruh untuk melakukan hipnosis sendiri untuk membantu relaksasi pada masa yang sama menerima urutan aromaterapi. Aromaterapi mampu menolong pesakit epilepsi yang mengalami aura epilepsi akan berlaku dan penggunaan minyak ekstrak ini boleh mengelakkan atau menurunkan kadar serangan epilepsi jika diambil sebelum berlaku serangan.

Minyak esensial yang digunakan dapat membantu dalam merangsang peredaran darah dan bagus untuk meditasi. Antara bahan-bahan yang dirumus khas terdiri terdiri daripada rosemary, geranium, fennel, halia, primrose, vitamin E, dan sebagainya yang ternyata semulajadi tanpa bahan kimia. 

Monday, January 19, 2015

Perapan ayam

Goreng ayam dengan perapan As Beauty mmg sedap! smile emoticon

Sambil tgk TV blh mkn ikan bilis yang digoreng dgn tepung perapan As beauty. Rangup.

Juga iklan As Beauty di majalah I-Sihat


Sunday, January 18, 2015

Sumbangan

Sungguh pantas masa berlalu, terasa sekejap sangat berada di Kelantan. Hanya sempat berada sehari di sana

Kesuntukan masa hanya sempat menyampaikan bantuan berupa pakaian sekolah kepada beberapa buah sekolah untuk diagihkan kepada anak murid yang memerlukan.Alhamdulillah


Harap sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka di sana

Jutaan terima kasih kepada Cikgu Firdaus, Cikgu Noraini, Guru-guru Besar, Guru Penolong Kanan dan staf yang terlibat yang sudi membantu dalam menyalurkan bantuan  dan menjayakan program ini.

Tidak lupa juga kepada Cikgu Kasmawati yang banyak membantu membawa kami ke setiap lokasi.



Daripada 9 buah sekolah yang tersenarai hanya sempat pergi ke 3 buah sekolah. Yang selebihnya diuruskan oleh Cikgu Kasmawati dan Cikgu Firdaus untuk penghantaran bantuan.

Alhamdulillah kerjasama daripada guru mengembling keringat membantu

Tidak sempat untuk melawat kawasan yang terjejas teruk.

Dan banyak perkara yang masih perlu dilakukan bagi melalui fasa pemulihan

InsyaAllah jika ada kelapangan waktu ingin sekali lagi ke sana, pergi untuk menyumbang kudrat

Syarikat juga akan menyalurkan sumbangan sekali lagi melalui kutipan jualan seperti yang diwar-warkan..InsyaAllah

Rahmatilah kami Ya Allah, Bantulah mereka Ya Allah..

" Sama-sama kita bantu ... biar sedikit takpe ...
  Paling tidak doakanlah mereka ...
  Jangan saling tuduh menuduh
  Jangan saling cari salah
  Musibah ini untuk kita sama-sama insafi "

-Petikan dari FB Raja Shamri

Friday, January 16, 2015

Iklan AS Beauty!

Iklan set 3 in 1 AS Beauty di Harmoni keluaran kedua Jan 2015.
Dapatkan naskah harini!


Monday, January 12, 2015

Calendar 2015

As Beauty Pocket Calendar is available now!
Dapatkan sekarang selagi stok masih ada ya. 


Thursday, January 8, 2015

Salam Jumaat!

Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.


Jerawat!

Sedikit perkongsian..

Jerawat merupakan perkara normal yang berlaku kepada remaja yang akil baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Fungsi kelenjar kelenjar di dalam kulit untuk mengeluarkan minyak atau sebum yang meliputi kulit luar muka bertindak sebagai pelembap semulajadi pada permukaan kulit manusia terganggu menyebabkan berlakunya masalah jerawat. Liang roma pada permukaan kulit yang tersumbat membuatkan kulit muka, belakang badan dan leher ditumbuhi jerawat. Secara ringkasnya, jerawat terbentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit.

Antara punca-punca lain yang menyebabkan ketumbuhan jerawat:
  1. Hormon - Kitaran hormon yang tidak seminbang disebabkan oleh  kitaran haid atau tekanan perasaan
  2. Bakteria - Jangkitan bakteria pada kulit akibat daripada kebersihan tubuh yang tidak dijaga
  3. Pemakanan - Terlalu banyak mengambil makanan yang berminyak dan berlemak menyebabkan kulit berminyak dan menutup liang roma pada kulit
  4. Stress - Tekanan perasaan akibat daripada bebanan kerja atau masalah hidup mempengaruhi kitaran hormon dan kesihatan kulit
  5. Alat Solek - Alat solek yang tidak sesuai dengan kulit dan mengandungi bahan kimi yang berlebihan
  6. Matahari - Terdedah terlalu lama pada panas terik matahari menyebabkan kulit berpeluh dan jika tidak dicuci dengan baik boleh mengakibatkan tumbuhnya jerawat
  7. Pakaian - Material pakaian yang tidak sesuai dengan kulit. Terdapat sesetengah individu yang mempunyai alergik kepada sesetengah bahan fabrik.

Ini adalah sebahagian sahaja daripada punca-punca yang boleh menyebabkan kulit anda ditumbuhi jerawat. Namun begitu, proses pertumbuhan jerawat adalah sangat kompleks dan dikatakan boleh wujud daripada banyak punca. 


Haaa..Banyakkan punca-punca berlakunya jerawat.. Yang penting jaga kebersihan, jangan malas mandi, malas cuci muka, jaga pemakanan, jangan stress2 dan pilih pakaian yang sesuai dan pilih produk penjagaan kulit yang betul.

Untuk itu, pihak syarikat ada menyediakan beberapa rangkaian produk yang sesuai dengan iklim dan kulit masyarakat MaLaysia. Kalau untuk sunblock atau moisturizer boleh la pakai day cream AS Beauty sebab ringan jeee baru pori/liang muka tak tersumbat..hee


AS Beauty juga mengeluarkan rangkaian bedak padat dan foundation yang semestinya meletop dan flawless gituuu..hee




Ada 3 pilihan warna iaitu kuning natural, kuning pengantin dan kuning langsat..pilih yang mana sesuai dengan warna kulit anda..^.^

Antara masalah lain yang berkaitan jerawat yang selalu dihidapi oleh orang ramai adalah jerawat di belakang badan..Kadang-kadang dia punya derita tu nak bersandar pon susah sebab sakit...Jerawat kat badan ni pula tumbuh banyak dan tinggalkan parut. Habis bertompok tompok badan..

Untuk sesiapa yang mempunyai masalah jerawat di badan tu boleh lah cuba Spa Soap dari AS Beauty. Lembut dan wangi baunya. 


Spa Soap AS Beauty dirumus khas dari bahan semulajadi untuk membuatkan kulit kelihatan bersih, berseri dan cerah. Diperkaya dengan ekstrak buah buahan  dan natural vitamin E untuk membersih dan membuang kotoran pada kulit supaya kulit lebih sihat dan sekata. Sabun ini juga berfungsi untuk mengeluarkan kotoran pada liang roma kulit bagi mencegah jerawat tumbuh daripada kototan dan bakteria yang terperangkap di dalam liang roma.

Kalau kulit muka terjaga, licin halus dan tak ada jerawat, nak jumpa orang pun tak rasa segan kann, Terutama untuk golongan wanita.. lagi2 kalau kerja kita memerlukan kita berjumpa orang selalu..Konfident memang sangat penting..hee

Sekian saja dari admin hari ni..lama xupdate harini panjang pula tulis..haha..BYE!


Sunday, January 4, 2015

Monday Blues!

Minggu pertama 2015!

Selamat bekerja semua.. Semoga segala impian dan azam tahun baru dapat dikecapi..:)