Assalamualaikum..
Berita hari ini..
Gambar di atas diambil daripada sebuah group jualan langsung di facebook. Beliau menyatakan terdapat beberapa produk kosmetik yang telah diharamkan di Malaysia dan nama AS turut sama berada dalam list. Perkara ini telah menimbulkan kekeliruan di mana nama produk yang ditulis tidak penuh iaitu hanya di tulis AS dan dokumen yang disertakan juga telah dihitamkan pada bahagian yang paling penting iaitu nama produk. Pada kami perkara ini merupakan satu tuduhan, menimbulkan kekeliruan dan berbaur fitnah.
Sejak sekian lama syarikat menegaskan bahawa AS Beauty tidak menyerupai mana-mana produk kosmetik yang lain walaupun bentuk dan warna adalah sama. AS Beauty mempunyai ramuan dan bahan-bahan yang tersendiri dan tidak menyerupai mana-mana produk lain.
As Beauty juga tidak tersenarai di dalam senarai kosmetik yang di haramkan di Malaysia. Untuk maklumat lanjut klik link di bawah.
Kenyataan Akhbar
juga boleh rujuk di sini BPFK
tidak ada sebarang perubahan di dalam kandungan krim dan sabun AS Beauty. Pihak syarikat juga tidak melakukan sebarang pembungkusan semula dan rebranding. Segala perubahan yang dilakukan akan dinyatakn di dalam blog ini.
Rasulullah pernah bersabda tentang pemilikan harta:
“Harta itu merupakan kekayaan terpuji TETAPI hanya bagi orang yang soleh, kerana orang yang soleh akan menggunakan hartanya secara bijaksana, tidak dikotori rasa angkuh yang menghilangkan keberkatan dari Allah.”
Ingin tahu cara Rasul Terulung kita berniaga?
Tidak Pernah Berdebat
Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi. Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah . Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”
Ini adalah merupakan salah satu sikap baginda SAW ketika berniaga. Contohilah baginda dan jujurlah di dalam perniagaan. Janganlah kita saling menyakiti antara satu sama lain.
Terima kasih kerana menggunakan AS Beauty. Jangan ragu-ragu untuk kekal cantik bersama AS Beauty..:)
No comments:
Post a Comment