Thursday, November 17, 2016

Akaun Instagram Digodam




Akaun Instagram As Beauty Digodam


Baru-baru ne, akaun instagram As Beauty tlh di hacked buat pertama kalinya oleh pihak yg tidak bertanggungjawab. Username, email dan password tlh diubah. Malah, gambar profile jg tlh diubh kpd gmbr yg tidak sepatutnya. Mmg ne pnglmn baru buat kami semua dan pnglmn ne, tlh buat kami lebih bhati-hati utk masa akn dtg.




Ok, tahap keselamatan amat penting semasa mengendalikan media sosial lebih-lebih lagi kepada penggiat media sosial seperti Blogger, YouTuber, pengurus Facebook Fanpage Manager, Instagram dan macam-macam lagi. Sbb kebanyakkan pengendali media sosial sibuk memikirkan pengisian dan contents media sosial masing-masing sampai terlupa untuk menjaga dan memelihara akaun dari digodam. Kita pasti akan rasa stress, menyesal n sedih tak terhingga kalau kita kehilangan blog ataupun followers secara tiba-tiba. Yang ceq nk kongsi ne bukanlah langkah 100% yang menjamin media sosial hmpa terselamat, tetapi sekurang-kurangnya dapat menyusahkan kerja hackers dan hmpa dpt  mengetahui sedikit sbnyak ttg apa yg perlu hmpa buat sekiranya akaun Instagram hmpa digodam.

Sebelum tu, Kenapa Pengodam Ingin Mengodam?

Soalan ni mungkin nampak macam tak logik tapi kalau hmpa nk taw kebanyakkan penggodam@hackers, depa xda alasan untuk menggodam. Depa hanya suka-suka bagi mencapai kepuasan dan membuktikan depa sudah mencapai satu tahap tertentu.
Tapi ada jg hackers yg nk menjatuhkan jenama tertentu bagi tujuan peribadi.

Jadi, hmpa perlu cepat bertindak melakukan 5 perkara ini untuk menyelamatkannya:

1. Tukar kata laluan atau klik reset kata laluan ke email anda.
2. Membatalkan akses ke mana-mana aplikasi pihak ketiga.
3. Selamatkan akaun jika anda masih boleh log ke dalamnya.
4. Buat laporan kepada Instagram sekiranya anda sudah tidak boleh log masuk.
5. Periksa email anda yang digunakan untuk pendaftaran akaun Instagram.

Jika akaun hmpa dh kna hacked, jgn panic, jgn stress. Terus ambil langkah utk laporkn mslh hmpa di Instagram Help Centre.




Hmpa select “Privacy &Safety Center”, and then select “Report Something” seterusnya select “Hacked Accounts”.




Langkah seterusnya, hmpa just follow jar instruction yg depa bagi. Untuk akaun Instagram yg represent business atau company, Instagram akn minta hmpa upload gmbr bukti yg membuktikan akaun Instagram tu, milik company hmpa seperti utility bill syarikat, lesen syarikat, Certificate of formation dan tax filing dlm satu file shj. Make sure hmpa combine suma tu, dlm satu gmbr shj and if possible, save kn gmbr tu as jpeg. Slps selesai hntr laporan, Instagram akn membantu hmpa pada hari bekerja shj. Jd, mohon sumanya bersabar sekiranya akaun hmpa digodam semasa hri bercuti dan berdoa agar akaun dpt di recover smula. 
Hee AlhamdulillaH akaun Instagram As Beauty dpt diselamatkan.



Jd, kali ne, ceq nk kongsikn tips keselamatan untuk membantu akaun hmpa supaya tidak mudah digodam.

1. Pilih kata kunci yang kuat.
Pastikan hmpa menggunakan kombinasi sekurang-kurangnya 8 nombor, huruf dan tanda (seperti ‘!’ dan ‘&’). Kata kunci itu juga mesti berbeza dari kata kunci yang hmpa gunakan di platform lain di internet.

2. Jaga kata kunci dengan baik.
Jangan sesekali memberikan kata kunci hmpa kepada orang yang tdk dikenali, apatah lg yg baru kenal dan tidak boleh dipercayai.

3. Pastikan akaun email selamat.
Sesiapa sahaja yang boleh mengakses email hmpa, berkemungkinan besar boleh mengakses akaun Instagram hmpa jg. Jadi, tukar semua kata kunci untuk akaun email dan pastikan kata kunci itu tidak sama bagi akaun-akaun media sosial yang lain.

4. Log keluar akaun.
Pastikan hmpa log keluar akaun Instagram klo hmpa menggunakan komputer atau telefon yang dikongsi dengan orang lain. Jangan sesekali tanda kotak “Remember Me” bila hmpa log masuk dari komputer awam. Ini kerana orang lain boleh log masuk lepas hmpa tutup browser window komputer itu.

5. Aplikasi pihak ketiga.
Sekarang ne banyak aplikasi yang menarik untuk digunakan bersama akaun Instagram. Jd, hmpa perlu fikir sebelum membenarkan mana-mana aplikasi pihak ketiga synchronize dengan akaun Instagram hmpa.
Contoh aplikasi atau laman web yang menyediakan alat untuk dapatkan free followers atau likes, kemungkinan aplikasi tersebut  dpt mengambil alih akaun hmpa tanpa hmpa sedar.

Tip tambahan
Selain itu, hmpa jangan terlalu mudah klik apa-apa pautan yang meragukan yang diterima melalui pesanan ringkas (SMS), Whatsapp, internet dan lain-lain. Walaupun pautan itu dihantar oleh orang yang dikenali, hmpa tetap perlu berhati-hati. Jangan main tekan jar link sebarangan.
Hmpa juga digalakkan utk selalu tukar kata kunci akaun media sosial dan pastikan email yang tertera di bahagian deskripsi akaun media sosial itu bukanlah alamat email sama yang digunakan untuk mendaftarkan akaun media sosial tersebut.

Semoga info ini dapat membantu hmpa semua. InsyaAllaH.

No comments: