Bagi mengatasi kedutan di wajah, amalkan petua ini, ambil sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. sapukan bahagian berkedut itu. biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut akan menghilang.
Muka kasar, bintik bintik hitam
Parut buah mentimun dan diperah lalu diambil airnya. Gunakan untuk mencuci muka sebelum tidur. Boleh juga tampalkan hampas mentimun itu ke wajah. Pada sebelah petangnya, mandi dan cuci muka dengan air suam.
Menegangkan kulit muka
Tumbuk halus beras pulut bersama sedikit kayu manis dan seketul kunyit hidup. Lumur ke seluruh muka dan leher sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka ddengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih. Amalkan dua kali seminggu.
Daun pegaga selain enak dimakan sebagai ulam, juga berguna untuk menghilangkan parut di muka. Caranya, giling daun pegaga bersama akarnya yang sudah dicuci bersih. Kemudian campurkan dengan bedak sejuk dan air. Lumurkan pada kulit berparut. Amalkan selalu.
Kembalikan seri wajah selepas bersalin
Wanita selepas bersalin selalunya akan kelihatan lesu dan tidak bermaya. Bagi mengembalikan kesegaran badan dan menaikkan seri wajah, rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu seelok-eloknya pada waktu pagi dan malam.
No comments:
Post a Comment