Tuesday, February 16, 2016

Dah 8 tahun.



"Dah 8 tahun.." Sedar xsedar sudah hampir 8 tahun As Beauty di pasaran Malaysia. Bermula dengan hanya menjual suka suka kepada kawan-kawan sehingga menjadi salah satu produk yang dikenali di seluruh Malaysia. Syukur Alhamdulillah.

Dahulunya hanya menjual dalam kantung murah dan sekarang alhamdulillah mampu berdiri teguh dengan brand dan kotaknya yang tersindiri. Sedar xsedar packaging As Beauty semakin berevolusi yang dulunya kelihatan old skool dan sekarang nampak lebih kemas dan moden.

As Beauty asasnya adalah sebuah perniagaan keluarga. Semua perkara yang diusahakan adalah titik peluh ahli keluarga sendiri.. Alhamdulillah kami masih utuh dan dapat kekal di dalam industri ini yang kian pesat dan ramai pesaingnya. 
Kami komited untuk memberikan yang terbaik untuk anda semua. Dari segi perkhidmatan sehinggalah kualiti produk. Bilangan produk pon semakin banyak, yang mana dahulunya hanya mempunyai satu produk iaitu As Beauty 3 in 1 set. InsyaAllah akan ada lagi produk yang akan dikeluarkan syarikat. Antaranya ialah barut bersalin khusus
untuk ibu-ibu yang lepas bersalin. Ramuan khas tradisional turun temurun.

Kepada semua pengguna As beauty dan stokis2 As Beauty yg kekal setia dengan kami, ribuan terima kasih kami ucapkan. 😊

#asbeauty
#asbeautymalaysia
#asbeautysoap
#asbeautyfounder
#asbeautyskincare

No comments: