Kenapa kolagen penting untuk tubuh badan kita?
KENALI MANFAAT KOLAGEN
KOLAGEN - Sejenis protein yang sangat diperlukan tubuh bagi memelihara keremajaan & keanjalan kulit.
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada.
Kesan kekurangan kolagen - Kulit kusam, berkedut & kendur, pigmentasi kulit, cepat letih & lesu, sakit badan & sendi, mudah lupa, kurang penglihatan serta rambut semakin lemah & kurang.
Mengapa kolagen penting?
• Pulihkan masalah kulit - Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan & garis-garis halus.
• Kekalkan kelembapan & cegah kedutan - kolagen mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut & membuatkan kulit lebih bercahaya. Juga efektif menghilangkan kedutan & mencegah proses penuaan kulit.
• Cerahkan kulit & kurangkan pigmentasi - Kolagen dapat merapatkan sel-sel & mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen & racun, membantu mencerahkan kulit & mengurangkan pigmentasi.
• Lambatkan proses penuaan kulit - Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan akibat peningkatan usia & gaya hidup yang sibuk.
• Menegangkan payudara - Kolagen bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.
• Cantik dan suburkan rambut - Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut & kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering & bercabang, manakala kuku menjadi kusam & mudah pecah.
• Kuatkan tulang - Pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.
No comments:
Post a Comment