Arini, admin nak kongsi sedikit pengalaman AS Beauty di PWTC baru-baru ni..
Bz sungguh admin 2 3 menjak ni..hari ni baru sempat nak kongsi..phewww~
Serba ringkas mengenai NICE
NICE 2014 bertemakan "Teknologi Memberdayakan Inovasi
" diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ), Kuala Lumpur dari 31
Oktober-2 November 2014. Acara ini termasuk persidangan, pameran , jualan
produk R & D, demonstrasi produk dan sesi pemadanan perniagaan dan juga merupakan penghargaan kepada orang-orang yang telah mencapai kecemerlangan yang luar biasa dalam
inovasi di Malaysia melalui Anugerah Inovasi. Para peserta sasaran
untuk acara ini adalah dari pelbagai latar belakang pelbagai industri ,
badan bukan kerajaan, sektor awam serta Universiti dan juga pelajar sekolah.
Atur cara pameran
First day (31
OCT 2014)
Krew AS Beauty bertolak dari kedah pada waktu pagi dan sampai di Kuala Lumpur pada waktu petang. Sampai- sampai je terus melapor masuk pwtc dan pendaftaran walk in di
kaunter NICE 2014..Fuhh penat pon xhabes lagi trus lapor diri..Bersemangat nih!hehe
Bergambo dlu..hee
Hello, kami da sampai ni..mai kaih..hihi
Pihak
Syarikat diberikan tempat dalam bentuk “Display” bersama syarikat2 yang
dijemput oleh pihak MOSTI. Comel je meja pameran die..Xpe kecil pon kita isi sampai penuh..
Pengunjung
mula memenuhi ruang legar pameran,pelbagai produk dan pameran dari syarikat dan
badan berkaitan yang dijemput pihak MOSTI. Ramai badan induk industri datang pada hari ini..
Besnye bau aromatherapi ni..hee
Pengungjung yang hadir
Turut
hadir ,Ketua Setiausaha,Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi DS
Dr. Noorul Ainur Mohd Nur mengadakan lawatan ke setiap pameran peserta.
NICE 2014 dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Ewon Ebin Menteri Sains,Teknologi Dan Inovasi
Malaysia
Dalam perasmian tersebut, YB membuat penerangan
serba ringkas mengenai Science Fund,Techno Fund dan Inno Fund. Banyak maklumat yang berguna diperoleh dan dikongsi bersama..
Seterusnya, Sidang media
diadakan didalam bilik media dan penerangan. Soal jawab bersama pihak media yang
dipengerusikan sendiri YB Datuk Ewon Ebin Menteri Sains,Teknologi Dan Inovasi bersama Timbalan Menteri YB Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah,dan Ketua
Setiausaha DS Dr. Noorul Ainur Mohd Nur
2nd day (1st
NOV 2014)
Pameran
diteruskan dan sambutan amat menggalakkan dari semua pengunjung. Kepada pengunjung yang datang dari negeri selain dari Selangor dan Kuala Lumpur. Terima kasih diucapkan sudi kunjungi booth kami..he
Kekal cantik bersama AS Beauty ye kak..hihi
Penerangan
untuk pembangunan dan penambah baikan promosi syarikat melalui system sms,email
dan kini mobile app ,satu sistem yang amat murah dan berkesan dari SME Cloud
SDN.BHD. Ini adalah salah satu usaha dari SME Cloud Sdn. Bhd. bagi membantu usahawan di Malaysia untuk seiring dengan perkembangan teknologi sekarang. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah untuk memastikan usahawan di Malaysia dapat mempelbagaikan lagi promosi produk mereka dan memudahkan proses pembelian oleh pengguna.
Info tambahan mengenai MDEC dan SME
-MDEC
Malaysia mengalakan usahawan2 untuk melangkah bersama arus perkembangan
teknologi yang semakin hari berkembang pesat,dan MDEC menyediakan subsidi untuk
pihak syarikat yang mendaftar kepada SME Cloud Sdn. Bhd untuk mempromosikan
produk didalam pengunaan Mobile App.
-Pihak SME
Cloud Sdn.Bhd sudahpun Berjaya membuktikan pengunaan mobile app amat berkesan
kerana ianya sangat mudah dan mesra penguna,yang mana kebanyakan penguna hari
ini 80% mengunakan smartphone untuk melayari internet berbanding PC ataupun
Laptop.
-Malam
Anugerah Inovasi Negara 2014 disempurnakan oleh YAB Tan Sri Datuk Haji
Muhyiddin Bin Mohd Yassin,Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri
Pelajaran Malaysia.
4 Katogeri
dipertandingkan iaitu produk,perkhidmatan,akar umbi dan sekolah.
3rd
day (2nd NOV 2014)
Pameran dan
penerangan mengenai produk As Beauty diteruskan,dan pihak syarikat menerima
pelbagai feedback positif dari para pelanggan setia As Beauty yang
turut hadir,memeriahkan lagi pameran tersebut.
Turut
dihadiahkan cendera hati buat pengunjung As Beauty. Nanti kita jumpa lagi ye!
Bergambar
bersama jemputan MOSTI yang lain,sebagai kenangan bersama NICE 2014 PWTC.
ALhamdulillah banyak pengalaman yang dapat daripada pameran ini. InsyaAllah kalau dijemput lagi, AS Beauty siap sedia mananti pergi..hee
Selamat Berhujung minggu semua..
No comments:
Post a Comment