Sunday, December 21, 2014

Tips Sihat

Assalamualaikum semua.

Brrr..sejuk sunguh pagi ni.Lebat pula hujan.. Sekarang bole dikatakan hujan turun xmenentu..

Kepada saudara-saudara kita di Kelantan dan Terengganu khususnya yang terkesan dengan banjir..Bersabarlah, anggaplah ini ujian daripa Allah S.W.T. Kami mendokan semoga anda semua selamat dan tabah menghdapi dugaan..:)

So, back to the point, hari ni admin nak berkongsi sedikit tips kesihatan untuk kesihatan menjaga tubuh badan kita.. Ya lah, sekarang musim hujan, batuk dan macam-macam penyakit memang mudah nk berjangkit waktu2 macam ni..

Jika Batuk Berpanjangan..
Kepada sesiapa yang batuk tak berhenti tu, bole cuba tips ini.. Masalah batuk ni sememangnya menggangu keselesaan. Kadang kadang nak buat kerja pon xda mood. Cara mudah untuk nak hilangkan batuk berpanjangan ni ialah amalkan makan nanas. Sifat nanas yang tajam sebenarnya elok untuk menghakis kahak yang menyebabkan tekak gatal dan batukk.. nanas juga bagus untuk membuang toksin di dalam badan..haa lpas ni beli nanas banyak2 dan amalkan selalu..hee



Penawar Angin Badan
Campurkan setengah cawan air perahan bawang merah bersama setengah halba rebus. Kemudian bancuh sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu. Kacau dan minum campuran itu setiap hari.


Petua Menurunkan Suhu Badan
Kalau ada yang demam berpanjangan dan masih tidak mahu kebah walaupun dah banyak kali makan ubat,boleh cuba petua ini.

Petua orang dulu-dulu, kalau demam xkebah juga boleh cuba amalkan air kelapa 2 kali sehari untuk menurunkan suhu badan.. haaa..petua ni memang admin betul2 suka.. Da la air kelapa tu sedap bole sejukkan badan pulakk..kalau rajin lagi bole buat coconut shake..tapi bila da sihat la..hee


Sekian sahaja coretan daripada admin..jumpa lagi!!:D

No comments: