Wednesday, December 31, 2014

Welcome 2015!



Assalamualaikum
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya, kita masih diberikan kesempatan bernafas, meneroka khazanah dan peluang yang ada dalam usaha menjadi seseorang yang lebih sempurna dan berjaya di dunia dan akhirat.
Seperti yang kita telah sedia maklum, 2014 membuka lembaran menyaksikan pelbagai tragedi sedih yang terlakar di negara kita bermula dengan tragedi MH 370 dan MH 17 yang ditembak jatuh beberapa bulan lalu. Peperangan yang melanda rakyat Palestin juga melakar kisah sedih sepanjang 2014. Lembaran sedih 2014 diteruskan dengan kejadian banjir yang melanda beberapa negeri termasuk negeri-negeri di pantai timur khususnya. Kelantan dan Pahang menjadi negeri paling teruk yang menyaksikan ramai penduduknya hilang tempat berteduh di bawa arus air yang deras. Kes pesawat hilang dan terhempas berulang dengan tragedi pesawat Air Asia QZ 8501 menutup tirai tahun 2014 dengan kesedihan berpanjangan terutama ahli keluarga mangsa. Sebagai umat Islam, harapan dan doa saya, lembaran sedih yang menimpa mangsa-mangsa banjir, keluarga mangsa yang meninggal menjadi lipatan kenangan yang tidak dapat dirungkai dan dilupakan.


ZMN Makaha juga tidak lari daripada ujian dan dugaan dalam perniagaan yang diusahakan sepanjang hampir satu dekad beroperasi. Ambang 2014 bermula dengan masalah arahan penarikan produk oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Perkara tersebut sedikit sebanyak telah menjejaskan nama dan kepercayaan pengguna terhadap produk As Beauty. Tidak melatah dengan masalah yang melanda, pihak pengurusan telah melakukan beberapa perubahan dan pembaharuan di samping meluaskan skop pemasaran dengan mengiklankan produk-produk di media cetak, media elektronik, juga iklan billboard di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan. Berita duka yang melanda diserikan dan diubati dengan kepercayaan dan tawaran menyertai Pameran Philbeauty yang berlangsung di Manila, Filipina. Peluang seumpamanya itu diteruskan lagi dengan peluang menyertai Pameran dan Konvensyen Inovasi Kebangsaan (NICE) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Kepercayaan pengguna setia telah diraikan di As  Beauty Glamorous Green Night yang dihadiri oleh pengguna dan pengedar As Beauty. As Beauty Multi Berry Collagen menjadi produk terbaru yang berasaskan minuman kesihatan yang mengandungi pelbagai khasiat, In shaa Allah berkesan.

Pihak pengurusan ZMN Makaha telah merangka pelbagai pembaharuan bagi mengisi tahun 2015. Nantikan ya…..Percaya dengan qhada dan qhadar, saya yakin dan percaya setiap yang berlaku ada hikmah yang nyata dan tersembunyi yang perlu diteroka sebagai renungan Berada di atas tidak semestinya kita perlu melupakan mereka yang di bawah yang memerlukan bantuan dan sokongan. InsyaAllah, pihak syarikat merancang untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk di Pantai Timur dalam masa terdekat ini. Dan pada Januari 2015 ini, pihak syarikat akan mengadakan kutipan derma dari setiap jualan 3 in 1 untuk disalurkan kepada mangsa banjir. Pihak syarikat akan berusaha untuk memenuhi keperluan dan pakaian sekolah untuk anak-anak di pantai timur yang terkesan daripada banjir teruk yang melanda. Oleh itu, marilah kita sama-sama membantu mereka dengan seberapa daya dan kemampuan kita. Akhir kata, saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua pengedar dan pelanggan As Beauty. Semoga tahun baru 2015 diserikan dengan perkara yang menggembirakan dan kejayaan yang berpanjangan. In shaa Allah.









No comments: