Tuesday, January 20, 2015

AS Beauty

Salam Semua.

AS Beauty sememangnya sinonim dengan set 3 in 1, set penjagaan wajah yang menjadi pilihan ramai. Namun, ramai orang tidak tahu bahawa AS Beauty juga mengeluarkan set penjagaan untuk tubuh badan.

Jeng..Jeng..Jeng..


Set Spa Soap & Body Serum
(Set Aromatherapy (Harga: WM RM110.00, EM RM114.00)

Sebenarnya set ini telah lama dikeluarkan oleh syarikat tetapi kurang dikenali Sedangkan kesannya terbukti berkesan untuk merawat
  1. jerawat di badan,
  2. kulit kering dan 
  3. keputihan.

So.. Kepada sesiapa yang mempunyai masalah ini bolehlah cuba!hee

Pengguna juga boleh membeli secara berasingan  Spa Soap dan Body Serum.


Spa Soap 85g (Harga: WM RM37.00, EM RM42.00)

Bahan aktif di dalam Spa Soap AS Beauty ialah sengkuang yang merupakan salah satu bahan semula jadi yang bagus untuk kulit. Diformulasi khas bersama bahan semulajadi yang lain, Spa Soap pastinya memberi kesan yang positif kepada kulit anda. Kombinasi Spa Soap dan Soap E dari AS Beauty adalah yang terbaik untuk penjagaan tubuh bdan dan wajah yang sempurna.


Body Serum (Harga: WM RM80.00, EM RM84.00)

Aromaterapi merupakan satu kaedah terapi yang diguna sejak sekian lama bagi merawat masalah kesihatan seperti tekanan dan sebagainya yang digunakan bertujuan untuk mempengaruhi suasana hati atau kesihatan seseorang.Rawatan yang berasaskan haruman ini mampu mempengaruhi kitaran hormon pada tubuh badan dan memberikan rawatan secara dalaman. Terapi ini menggunakan minyak yang diekstrak daripada bunga, pokok, daun, cabang, kulit buah, kulit kayu atau akar melalui distilasi stim, ekstraksi solven dan pemerahan. Formulasi khas daripada ekstrak tumbuhan ini menghasilkan serum yang bermutu tinggi dan mampu memberikan rawatan yang sempurna.

Penggunaan minyak ekstrak bahan cairan tanaman ini dikenal sebagai minyak esensial. Pelbagai kaedah yang digunakan seperti secara inhalasi, urut, diffusi, mandi, balutan panas atau sejuk dan minyak wangi. Hasil kajian daripada Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia, aromaterapi dikatakan berupaya untuk mencegah seizur pada sesetengah orang epilepsi. Dr. Tim Betts (Universiti Birmingham, England), telah melakukan kajian di mana pesakit dengan epilepsi refraktori disuruh untuk melakukan hipnosis sendiri untuk membantu relaksasi pada masa yang sama menerima urutan aromaterapi. Aromaterapi mampu menolong pesakit epilepsi yang mengalami aura epilepsi akan berlaku dan penggunaan minyak ekstrak ini boleh mengelakkan atau menurunkan kadar serangan epilepsi jika diambil sebelum berlaku serangan.

Minyak esensial yang digunakan dapat membantu dalam merangsang peredaran darah dan bagus untuk meditasi. Antara bahan-bahan yang dirumus khas terdiri terdiri daripada rosemary, geranium, fennel, halia, primrose, vitamin E, dan sebagainya yang ternyata semulajadi tanpa bahan kimia. 

No comments: