Thursday, January 8, 2015

Jerawat!

Sedikit perkongsian..

Jerawat merupakan perkara normal yang berlaku kepada remaja yang akil baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Fungsi kelenjar kelenjar di dalam kulit untuk mengeluarkan minyak atau sebum yang meliputi kulit luar muka bertindak sebagai pelembap semulajadi pada permukaan kulit manusia terganggu menyebabkan berlakunya masalah jerawat. Liang roma pada permukaan kulit yang tersumbat membuatkan kulit muka, belakang badan dan leher ditumbuhi jerawat. Secara ringkasnya, jerawat terbentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit.

Antara punca-punca lain yang menyebabkan ketumbuhan jerawat:
  1. Hormon - Kitaran hormon yang tidak seminbang disebabkan oleh  kitaran haid atau tekanan perasaan
  2. Bakteria - Jangkitan bakteria pada kulit akibat daripada kebersihan tubuh yang tidak dijaga
  3. Pemakanan - Terlalu banyak mengambil makanan yang berminyak dan berlemak menyebabkan kulit berminyak dan menutup liang roma pada kulit
  4. Stress - Tekanan perasaan akibat daripada bebanan kerja atau masalah hidup mempengaruhi kitaran hormon dan kesihatan kulit
  5. Alat Solek - Alat solek yang tidak sesuai dengan kulit dan mengandungi bahan kimi yang berlebihan
  6. Matahari - Terdedah terlalu lama pada panas terik matahari menyebabkan kulit berpeluh dan jika tidak dicuci dengan baik boleh mengakibatkan tumbuhnya jerawat
  7. Pakaian - Material pakaian yang tidak sesuai dengan kulit. Terdapat sesetengah individu yang mempunyai alergik kepada sesetengah bahan fabrik.

Ini adalah sebahagian sahaja daripada punca-punca yang boleh menyebabkan kulit anda ditumbuhi jerawat. Namun begitu, proses pertumbuhan jerawat adalah sangat kompleks dan dikatakan boleh wujud daripada banyak punca. 


Haaa..Banyakkan punca-punca berlakunya jerawat.. Yang penting jaga kebersihan, jangan malas mandi, malas cuci muka, jaga pemakanan, jangan stress2 dan pilih pakaian yang sesuai dan pilih produk penjagaan kulit yang betul.

Untuk itu, pihak syarikat ada menyediakan beberapa rangkaian produk yang sesuai dengan iklim dan kulit masyarakat MaLaysia. Kalau untuk sunblock atau moisturizer boleh la pakai day cream AS Beauty sebab ringan jeee baru pori/liang muka tak tersumbat..hee


AS Beauty juga mengeluarkan rangkaian bedak padat dan foundation yang semestinya meletop dan flawless gituuu..hee




Ada 3 pilihan warna iaitu kuning natural, kuning pengantin dan kuning langsat..pilih yang mana sesuai dengan warna kulit anda..^.^

Antara masalah lain yang berkaitan jerawat yang selalu dihidapi oleh orang ramai adalah jerawat di belakang badan..Kadang-kadang dia punya derita tu nak bersandar pon susah sebab sakit...Jerawat kat badan ni pula tumbuh banyak dan tinggalkan parut. Habis bertompok tompok badan..

Untuk sesiapa yang mempunyai masalah jerawat di badan tu boleh lah cuba Spa Soap dari AS Beauty. Lembut dan wangi baunya. 


Spa Soap AS Beauty dirumus khas dari bahan semulajadi untuk membuatkan kulit kelihatan bersih, berseri dan cerah. Diperkaya dengan ekstrak buah buahan  dan natural vitamin E untuk membersih dan membuang kotoran pada kulit supaya kulit lebih sihat dan sekata. Sabun ini juga berfungsi untuk mengeluarkan kotoran pada liang roma kulit bagi mencegah jerawat tumbuh daripada kototan dan bakteria yang terperangkap di dalam liang roma.

Kalau kulit muka terjaga, licin halus dan tak ada jerawat, nak jumpa orang pun tak rasa segan kann, Terutama untuk golongan wanita.. lagi2 kalau kerja kita memerlukan kita berjumpa orang selalu..Konfident memang sangat penting..hee

Sekian saja dari admin hari ni..lama xupdate harini panjang pula tulis..haha..BYE!


No comments: