Thursday, March 26, 2015

Tips Sihat

Kebaikan air suam
1. Menguruskan badan
Berita baik bagi mereka yang sedang. Air suam tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.
2. Meningkatkan kesuburan
Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air suam dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat kanser
Air suam bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air suam menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air,
sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkedut.

Friday, March 20, 2015

Let's Selfie!

The Best Selfie
Page rasmi As Beauty ini akan mengadakan contest lagi!
Kali ini Contest Selfie terbaik.
Hadiah merupakan barangan As Beauty bernilai RM500. Cara penyertaan akan diumumkan tidak lama lagi.
layari FACEBOOK AS BEAUTY untuk maklumat lanjut~
Sebarkan. 



Tuesday, March 17, 2015

Facial Treatment 3 in 1

Trial set - Krim 7gm (Tahan 4-5 minggu bergantung pada kondisi dan masalah kulit)
RM50sm / RM55ss
Set Besar - Krim 15gm (Tahan 2-3 bulan)
RM120sm / RM125ss
Dapatkan hari ini! 


kiki emotico

Thursday, March 12, 2015

Iklan

Iklan AS Beauty di majalah Wanita dan Infiniti!




Jawab soalan-soalan mudah di majalah Wanita dan berpeluang memenangi hadiah menarik dari AS Beuaty!^.^

Tuesday, March 10, 2015

Reminder!

makjem nak remind tentang Toner Tiruan ni yg masih ada kat pasaran. Ni bukan As Beauty punya tau. Ni tiruan dari pihak yang tak bertanggungjawab. JANGAN pakai & beli ya. diulangi TIRUAN. Ulang suara TIRUAN. Ulang siaran TIRUAN! hehe..

As Beauty Soothing Toner akan keluar tak lama lagi. Sikitt ja lagi, sabaq na.. masih di test di Lab utk berikan yang terbaik dan seharusnya suci utk anda semua.. 


Tuesday, March 3, 2015

Cara Alami Rawat Wajah

Hilangkan Kedut

Bagi mengatasi kedutan di wajah, amalkan petua ini, ambil sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. sapukan bahagian berkedut itu. biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut akan menghilang.



Muka kasar, bintik bintik hitam

Parut buah mentimun dan diperah lalu diambil airnya. Gunakan untuk mencuci muka sebelum tidur. Boleh juga tampalkan hampas mentimun itu ke wajah. Pada sebelah petangnya, mandi dan cuci muka dengan air suam.



Menegangkan kulit muka

Tumbuk halus beras pulut bersama sedikit kayu manis dan seketul kunyit hidup. Lumur ke seluruh muka dan leher sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka ddengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih. Amalkan dua kali seminggu.


Hilangkan parut

Daun pegaga selain enak dimakan sebagai ulam, juga berguna untuk menghilangkan parut di muka. Caranya, giling daun pegaga bersama akarnya yang sudah dicuci bersih. Kemudian campurkan dengan bedak sejuk dan air. Lumurkan pada kulit berparut. Amalkan selalu.



Kembalikan seri wajah selepas bersalin

Wanita selepas bersalin selalunya akan kelihatan lesu dan tidak bermaya. Bagi mengembalikan kesegaran badan dan menaikkan seri wajah, rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu seelok-eloknya pada waktu pagi dan malam.



Sunday, March 1, 2015

Testimoni!

Lagi testimoni As Beauty. Terima kasih atas perkongsian ini. kiki emoticon
Kredit to FB : Ernatuty Za-Kemat


Memelihara anugerah Ilahi